Pengurusan & Aktiviti di Terragreen Nursery
Pengurusan di Terragreen Nursery komited untuk memastikan operasi yang efisien dengan kaedah moden dan pasukan berdedikasi. Aktiviti harian kami meliputi penyemaian, penjagaan anak pokok, pemantauan kualiti, serta penyelidikan dan pembangunan. Kami juga mengadakan latihan dan bengkel untuk pekerja serta pelanggan, memastikan amalan terbaik sentiasa dikongsi. Tujuan utama kami adalah menyediakan anak pokok sawit berkualiti tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada anda.
Fasiliti di Terragreen Nursery
Di Terragreen Nursery, kami menyediakan fasiliti moden dan lengkap untuk memastikan operasi nursery berjalan lancar dan efisien. Dari kawasan rehat yang selesa untuk pekerja hingga stor penyimpanan yang selamat dan rumah pump berteknologi tinggi, setiap aspek dirancang untuk menjaga anak pokok sawit dengan standard terbaik. Lihat galeri kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasiliti yang menjadikan kami pilihan utama pekebun sawit.
Pelanggan-pelanggan kami
Kami di Terragreen Nursery sangat menghargai setiap pelanggan kami. Dari pekebun kecil hingga syarikat perladangan besar, kami berkomitmen untuk menyediakan anak pokok sawit berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang terbaik. Kepercayaan dan sokongan anda adalah inspirasi utama kami untuk terus maju dan berkembang. Terima kasih kerana memilih kami sebagai rakan kongsi dalam industri pertanian sawit.